Monday 26 December 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG SRC MRSM PENDANG 11/12






Assalamualaikum….

Selamat datang kami ucapkan ke blog kami. Blog ini ditubuhkan pada 18/11/2011 bertujuan untuk mencatat segala aktiviti dan program yang telah kami anjurkan sepanjang pentadbiran kami di Maktab Rendah Sains MARA Pendang pada tahun 2011 dan 2012. Selain itu, blog ini ditubuhkan untuk memberi maklumat serta info-info terkini dan berguna untuk kebaikan semua pelajar  MRSM Pendang khususnya mahupun pelajar MRSM dan Sekolah Kementerian yang lain amnya. Diharapkan dengan penubuhan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.

                                                                                                                                    SRC 11/12
                                                                                                                        “Born To Be Leader”   

Events & Programs

Minggu Aktiviti SEM 2 2011

Sunday 25 December 2011

SRC's Advisors 11/12



Kepimpinan yang cemerlang tidak hanya bergantung kepada cara pentadbiran BWP itu sendiri. Setiap pentadbiran BWP memerlukan tunjuk ajar atau panduan yang amat diperlukan bagi memastikan keberkesanan badan kepimpinan pelajar berkenaan. Setiap Badan Wakil Pelajar MRSM Se-Malaysia telah diletakkan di bawah pengawasan Guru Penasihat BWP yang akan memberikan nasihat atau panduan bagi memastikan pentadbiran tersebut licin dan adil kepada semua pelajar. Oleh itu, kami BWP sesi 2011/2012 dengan penuh rasa bangga ingin memperkenalkan Guru-guru Penasihat kami yang telah banyak membantu kami.





Guru Penasihat 1 

Noor Sabrina Binti Abu Bakar

 

Guru Penasihat 2 

Idayu Haryati 




Guru Penasihat 3 

Ade Hafiz Izuan Bin Ahmad Baharudin 



Kami berharap agar kami dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebagai BWP 2011/2012 dengan baik. Oleh itu, kami amat berharap agar Guru Penasihat kami dapat memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk kami merealisasikan matlamat kami.

SRC 11/12 

“Born To Be Leader”

Monday 19 December 2011

SRC's Organization



Perlantikan Badan Wakil Pelajar sesi 2011/2012 telah diadakan pada hari Ahad 7/8/2011. Pada hari ini, seramai 18 orang pelajar yang telah mendapat undian tertinggi dalam pilihan raya maktab dilantik secara rasminya sebagai Badan Wakil Pelajar sesi 2011/2012. Organisasi BWP 11/12 adalah seperti berikut :-




Presiden BWP 11/12 

Muhammad Uzair Bin Zainol 





Timbalan Presiden 

Noor Adilah Bt Rashid 






Naib Presiden II 

Nur Syahirah Azieaty Bt. 



Setiausaha Agong 

Nur Firzanah 



Bendahari Agong 

Nur Wafiqah Binti Mat Jaafar 



Ketua Biro Akademik 

Weerachai 



Ketua Biro Sukan & Rekreasi 

Malik Saiful Lizan 



Ketua Biro Kebajikan 

Muhammad Muizzuddin 



Biro Kebajikan 2 

Nur Fatin Najiha Binti Ahmad Roslan 



Ketua Biro Kebudayaan 

Farah Hasuna Binti Khamidan




Ketua Biro Agama & Akhlak 

Mohammad Alqif bin Abdul Basir 



Biro Agama & Akhlak 2 

Nur Syafiqah Binti Mat Anuar 



Ketua Biro Puteri 

Nurul Ahirah Binti Mohamad Zahir 



Biro Puteri 2 

Nur Aisyah 



Ketua Biro Kesihatan & Pemakanan 

Waieuddin Bin Mohd Rodzi



Ketua Biro Komunikasi & Maklumat (EXKOM) 

Muhammad Rifdi Adib Bin Mohd Rosli 



Biro Komunikasi & Maklumat 2 (EXKOM 2) 

Muhammad Hani Bin Jasmi 


SRC 11/12 

“Born To Be Leader”

Tugas & Tanggungjawab Ketua Biro Komunikasi & Maklumat





  Ketua Biro Komunikasi & Maklumat

Bertanggungjawab membantu maktab dalam menyebarkan dan mengumpulkan maklumat tertentu demi kepentingan dan kebaikan pelajar keseluruhannya.

Bertanggungjawab menerbitkan / membantu kerja-kerja penerbitan atau percetakan risalah / berita / majalah tahunan, mengurus laman web BWP dan sebagainya.

Bertanggungjawab mempertingkatkan hubungan komunikasi di kalangan pelajar.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

Ketua Biro Komunikasi & Maklumat 


Tugas & Tanggungjawab Ketua Biro Puteri





  Ketua Biro Puteri

Menguruskan hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar puteri.

Memberi bantuan kepada pelajar puteri yang sakit.

Mengadakan kegiatan seperti ceramah mingguan, kelas memasak, menjahit dan sebagainya kepada pelajar puteri.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

Ketua Biro Puteri 


Tugas & Tanggungjawab Ketua Biro Kebajikan





  Ketua Biro Kebajikan

Bertanggungjawab mengawasi kebajikan pelajar dari segi kemudahan asas seperti air, elektrik dan alatan, kemudahan rawatan, kemudahan pengangkutan, kemudahan telekomunikasi, surat menyurat dan sebagainya.

Bertanggungjawab mengawasi bilik sakit dan klinik maktab serta keperluan menghadapi saat kecemasan seperti kebakaran (system pencegah kebakaran, alat pemadam api, peti pertolongan cemas dan sebagainya.

Menganjurkan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti pungutan derma wang/pakaian untuk pelajar yang memerlukan, ziarah dan sebagainya.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

Ketua Biro Kebajikan



Tugas & Tanggungjawab Ketua Biro Sukan & Rekreasi





  Ketua Biro Sukan & Rekreasi

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah kesihatan dan kecergasan pelajar.

Bekerjasama dengan Unit Sukan Maktab dalam menganjurkan pertandingan sukan antara rumah / kumpulan.

Mengawasi keselamatan dan penggunaan alatan sukan maktab oleh pelajar.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

Ketua Biro Sukan & Rekreasi 


Tugas & Tanggungjawab Ketua Biro Kesihatan & Pemakanan





  Ketua Biro Kesihatan & Pemakanan

Merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan penjagaan kesihatan, gaya hidup sihat dan kempen kesihatan.

Mengawasi mutu perkhidmatan dan kebersihan makanan serta minuman yang disajikan di Dewan Selera atau dijual kepada pelajar dalam kawasan maktab.

Mengawasi tahap kebersihan alatan, dewan dan sekitarnya serta sikap dan tingkahlaku pelajar terhadap penjagaan kebersihan.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

Ketua Biro Kesihatan & Pemakanan 


Tugas & Tanggungjawab Ketua Biro Agama & Akhlak






Ketua Biro Agama & Akhlak

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah memajukan pemikiran dan penghayatan amalan dan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar Islam maktab.

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penjanaan taqwa dan pembangunan nilai dan akhlak murni di kalangan pelajar.

Bertanggungjawab ke atas mempertingkatkan aktiviti-aktiviti syiar Islam.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat BWP.

Ketua Biro Agama & Akhlak