Sunday 18 December 2011

SRC's Mission & Vision


Pengenalan

Badan Wakil Pelajar atau singkatannya BWP adalah ditubuhkan sebagai sebuah badan kebajikan dan kerjasama pelajar dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara, di samping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan serta nilai-nilai demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.


Misi

Membantu Maktab mencapai matlamat melalui usaha-usaha dan kerjasama yang padu bagi memastikan :-


- Moto MRSM ‘Berdisiplin, Berilmu dan Beramal’ dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar.


- Prinsip-prinsip dan etika hidup pelajar MRSM sentiasa dihormati dan diamalkan oleh setiap pelajar.


- Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.






Objektif


- Memupuk dan membina sebuah masyarakat pelajar yang bersatu, berdisiplin, berilmu dan beramal.


- Memupuk dan menyuburkan ‘budaya ilmu’ dan ‘budaya cemerlang’ di kalangan pelajar.


- Memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan, kreativiti dan potensi pelajar di bidang akademik dan kokurikulum.


- Memelihara dan mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan hubungan kerjasama di antara pelajar dengan guru, kakitangan dan pentadbiran Maktab.


- Memelihara kepentingan dan kebajikan pelajar mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.






Motto


Moto Rasmi BWP MRSM Se-Malaysia ialah “Dipimpin Untuk Memimpin”


SRC 11/12


“Born To Be Leader”

No comments:

Post a Comment